Thursday, November 17, 2016

Masak Lemak Ayam

Assalamualaikum..
Ada hari kita malas nak masak kan.. Sue selalu masak pagi..supaya senang famili nak lunch walaupun sue xdapat balik. Pagi ni..tak menyempat2 nak masak so semua masuk sekali..lauk dan sayur ngeh ngeh



Resepi Campak2 Ayam Masak Lemak

Bahan-bahan:
Ketuk 2 btg serai
Blender 4bj bawang bombay dgn 1inc halia dan kunyit
2sdb yogurt plain (blh ganti santan)
1senduk susu cair @ ikut banyak mana nak kuah
10 ketul ayam - grg separuh masak
2bj kentang
1btg carot (ptg bulat lebar)
daun limau purut

Cara:
Tumiskan serai ketuk
Masukkan bahan blend
Masukkan carrot dan kentang
Kentang separuh empuk, masukkan yogurt & susu cair / santan
Masukkan ayam
Masukkan daun limau purut
Masak hingga pekat dan pecah minyak 
Perasakan gula dan garam ya..

Selamat mencuba 😁