Thursday, November 17, 2016

Masak Lemak Ayam

Assalamualaikum..
Ada hari kita malas nak masak kan.. Sue selalu masak pagi..supaya senang famili nak lunch walaupun sue xdapat balik. Pagi ni..tak menyempat2 nak masak so semua masuk sekali..lauk dan sayur ngeh ngeh



Resepi Campak2 Ayam Masak Lemak

Bahan-bahan:
Ketuk 2 btg serai
Blender 4bj bawang bombay dgn 1inc halia dan kunyit
2sdb yogurt plain (blh ganti santan)
1senduk susu cair @ ikut banyak mana nak kuah
10 ketul ayam - grg separuh masak
2bj kentang
1btg carot (ptg bulat lebar)
daun limau purut

Cara:
Tumiskan serai ketuk
Masukkan bahan blend
Masukkan carrot dan kentang
Kentang separuh empuk, masukkan yogurt & susu cair / santan
Masukkan ayam
Masukkan daun limau purut
Masak hingga pekat dan pecah minyak 
Perasakan gula dan garam ya..

Selamat mencuba 😁

Wednesday, November 16, 2016

Food Pack

assalamualaikum..
bertemu lagi kita di sufe home recipe ewah gittuu..

baru-baru ni, sue ada buat food pack untuk tetamu dan vip sempena Loy Krathong 2016..alaa pesta yg ada perarakan dan hanyutkan teratai tu..kalau xtau google ya.

meh nak share apa ada dalam pack tu sepertimana yg dah dipersetujui..




Mula-mula plan nak buat choc chip cookies kecik tapi tetiba why not kita buat yg besar..giant choc chip cookies yesss. Ok..giant sangat haha..besar muka cawan tuh haa. 


Semoga pelanggan suka dengan food pack kali ni..insya Allah. Apa apa pun.  alhamdulillah rezeki Allah beri..

Sunday, May 22, 2016

Red Velvet Bukti Cinta

Assalamualaikum..
Antara peminat red velvet..salah seorang anak gadis bangsa siam yang sangat cantik molek orangnya. Selamat pengantin baru adik sayang..semoga bahagia sentiasa hingga hujung nyawa <3

Saturday, September 19, 2015

Doorgift 3 In 1

Packaging

Puding kastard cocktail

Dadih

Kek Span Coklat

Assalamualaikum.. Kek span coklat ala2 blackforest dah. Memang sedap kat tekak sue tapi tak pasti pada orang lain. Ramai jugak peminatnya..alhamdulillah. Yang ni..dalam feesh cream tu kita letak strawbery jugak...nyum..nyum...

Potong...slurpp hehe

M & M Cupcake

Vanilla cupcake untuk bday adik comel. Disalut buttercream dan dihiasi coklat m&m. Tq mama Hafni..semoga menjadi anak yang solehah..cantik dunia dan akhirat.

Selebihnya hiasan buttercream ros merah putih.

Friday, September 18, 2015

Google Sufe Home Recipe

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam terdetik rasa nak google cari keyword 'sufehomerecipe'. Wow..xsangka ada jugak blog yang petik nama kita untuk review. Tak sedar pun..post tu since 2012 tak silap..antara contoh-contoh bisnes bagi wanita http://auntytheotherpart.blogspot.my/2012/05/30-bisnes-bagi-wanita.html

Semoga dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada wanita, ibu dan siapa saja diluar sana..women power! eh..terlebih suddahhh. Sikit atau banyak oder jangan berkira sangat, yang penting kita sentiasa maju ke hadapan dan berusaha berterusan, no..no.. jangan separuh jalan hokkeh :)